Saturday, April 16, 2011

Arkitek Kampung Seberang-Nuriazam Ismail


Harga: RM 18 / RM 20
ISBN-13: 978-967-5406-47-8
Tarikh Terbit: 9 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 368














Ini buku yang saya baca ketika duduk santai di rumah. Cerita yang agak menarik dan kelakar serta  memaparkan suasana indah di kampung. Malah temanya mengenai rumah atas pokok menarik minat saya, sebab saya memang teringin hendak ada rumah atas pokok!.:) Mengenai kulit buku pula, bagi saya cantik juga. Mula-mula tengok sakit mata sebab warna dia pink sangat. Tapi lama-lama ok aja.

Mengisahkan budak kampung iaitu Mat, Dol, dan Din yang merancang untuk membina rumah di atas pokok ketika cuti sekolah bermula. Mujur ada Dol yang berpengalaman pernah membina tandas bercat merah jambu. Lalu, sebatang pokok ketapang di tepi sungai menjadi lokasi menarik untuk mereka jadikan mahligai di atasnya. Aktiviti membina rumah di atas pokok berjalan lancar sehinggalah mereka bertemu dengan Azhar atau dipanggil Aza yang tiba-tiba muncul di atas pondok mereka. Azhar merupakan pelajar jurusan senibina University of Queeensland yang pulang tanpa ijazah kerana kecewa bercinta.

Setelah berlaku satu insiden, mereka berempat menjadi rapat. Mereka bercerita mengenai seni bina, bekerja sebagai penunggu durian dan pembina tandas penduduk kampung. Aza juga membantu menyiapkan rumah atas pokok mereka.

Tetapi, kehadiran Aza di kampung itu menarik perhatian tiga orang pemuda kampung iaitu Lan Tokak, Meli  Boy, dan Jan Jebeh. Kehadiran mereka mewarnai cerita dalam buku ini. Wada dan Suria pula meminati Aza dalam diam. Tapi saya tidak suka watak mereka sebab mereka gatal sikit. hehe

Ianya Terselit kisah harapan, cita-cita, kehidupan, dan keinsafan. Sesuai untuk bacaan remaja atau pelajar. Cuma, mungkin ada kelemahan dari segi dialog dan gambaran penceritaan. Walaubagaimanapun, semoga berjaya kepada penulis di masa akan datang.

Berfikir Gaya Trump-PTS

 


Harga: RM 23.00 / RM 25.00
ISBN-13: 978-967-5226-97-7
Tarikh Terbit: 19 May 2010
Jumlah Muka Surat : 264
Penerbit: PTS


Buku ini memaparkan rahsia-rahsia pemikiran ikon dunia iaitu Donald John Trump. Beliau seorang usahawan hartanah yang berjaya dan unggul di dunia. Disebalik jenama Trump yang dibina olehnya pelbagai halangan dan rintangan terpaksa ditempuh. Namun, kini empayar Trump semakin terkenal dan kukuh.
Rancangan The Apprentice yang pernah disiarkan selama enam musim telah mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Siri rancangan realiti televisyen itu berkisar tentang pengalaman beliau dalam perniagaan serta realiti yang dihadapinya untuk mencari perantis-perantis Trump Organization. Dialognya seperti “Kamu dipecat!,”diakhir episod membuatkan siri ini bertambah popular.

Tutur katanya yang membangga diri, pergerakan tubuh badannya yang gah, cara berpakaian yang berketrampilan dan gaya pengurusan perniagaannya telah menjadikan beliau dikenali dan diminati ramai.
Buku ini mengandungi 18 jenis gaya pemikiran Trump serta diselitkan beberapa cerita tokoh Malaysia dan antarabangsa yang mempunyai gaya pemikiran yang serupa. Antaranya ialah Chef Wan yang menyatakan ,"Saya hanya melakukan perkara yang saya paling suka!", mengenai perkara yang amat dicintainya iaitu masakan. Hal ini sama dengan Trump yang melakukan perkara yang dia cintai seperti bidang hartanah dan perfileman. Antara gaya pemikiran yang lain adalah seperti ‘Kritikan Adalah Lumrah’. Adalah maklum bahawa Trump mempunyai ramai peminat, kawan dan begitu juga musuh. Namun, keupayaan beliau berfikiran positif dan menangkis segala kritikan dapat membina diri dan perniagaan dengan lebih baik.

*Oh saya suka buku ni..:) Banyak ilmu yang saya dapat.Silalah baca juga.hehe

Wednesday, December 22, 2010

Gadis-gadis Kota Riyadh



Pengarang : Rajaa Al-Sanea
Terbitan :ZI Publications Sdn Bhd
Tebal :287 muka surat
Harga : RM 37

Sinopsis-belakang buku
Gadis-gadis Kota Riyadh memberi kita satu pandangan yang jarang dan sukar dilupakan mengenai kesulitan hidup gadis muda Arab Saudi di mana kisah mereka terungkap dalam budaya yang amat berbeza, tetapi dikenali. Satu kisah yang amat menarik mengenai empat gadis muda dari kelas elit di Kota Riyadh, Arab Saudi yang berusaha menjalani laluan sempit antara cinta, keinginan, pencapaian dan tradisi Islam.
 
Dunia yang mereka huni adalah moden - berdating, mencuri keluar dari rumah ibu bapa mereka - dan kehidupan mewah dan kontemporari ini menyebabkan gadis-gadis ini berterusan dilihat melanggar adat resam budaya lama masyarakat mereka.
Setiap minggu, selepas solat Jumaat, pencerita tanpa nama mengirim e-mel kepada pelanggan perempuan dalam kumpulan bualan online. Selama setahun, kita menyaksikan tragedi dan realiti lucu empat orang siswa universiti - Gamrah, Michelle, Sadeem dan Lamees - menangani tentang mereka, kejayaan professional dan kehidupan cinta.

Asalnya diterbitkan dalam bahasa Arab dalam tahun 2005, novel ini segera diharamkan di Arab Saudi kerana kandungannya yang kontroversi dan boleh menimbulkan kemarahan, sementara naskah pasar gelap tersebar dengan luas. Keberanian dan keaslian Gadis-Gadis Kota Riyadh terus mewujudkan api kemarahan di seluruh dunia Arab, dan keseronokan merebak jauh melewati Timur Tengah.

*******************************************************************************
Salam. Buku ini sudah lama saya habiskan dan terletak elok di dalam rak buku. Namun baru hari ini saya  hendak menulis mengenainya. Buku ini antara kegemaran saya. Ada cerita lucu, sedih, gembira, dan marah. Kalau nak tahu apa yang kontroversinya kenalah baca.
 
Mulanya saya meminjam untuk baca buku ini daripada kawan. Rasa seronok sangat baca buku ini hingga nak memilikinya sendiri. Jadi semasa pesta buku di KL 2010 hari itu, saya pun berjaya membelinya sendiri.
Buku ini menceritakan mengenai adat resam dan budaya orang Arab. Mengisahkan bagaimana empat orang gadis menghadapi pahit manis kehidupan dan cinta mereka . 

 
Gamrah-gadis yang dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga. Ya, ini adalah adat orang Saudi yang mencarikan jodoh untuk anak mereka. Perkahwinan Gamrah tidak bahagia kerana suaminya mempunyai isteri lain.

Sadeem- gadis cantik  yang berkahwin atas pilihan keluarga Namun atas fikiran kolot suaminya Waleed, Sadeem diceraikan.

Michelle- gadis moden yang tidak pandai berbahasa Arab. Dia mengambil keputusan untuk berpindah ke Amerika kerana benci dengan pantang larang dan adat masyarakat Saudi.

Lamees-pelajar jurusan perubatan dan mempunyai saudara kembar. Hanya dia sahaja yang berjaya mengharungi kemelut cinta dan berakhir tanpa sebarang kedukaan.

Saturday, December 4, 2010

Di mana terangnya bulan..

Besar punya bulan..HEHE






Perkara pertama yang saya suka mengenai buku ini ialah kulit bukunya. Saya tertarik dengan gambar bulan yang besar dan terang serta reka bentuk kulitnya yang dilipat.

Kedua ialah mengenai isi cerita buku ini. Mengisahkan Kamarul bin Zamarul yang berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Tinggi Sarawak. Kolej ini menggunakan Bahasa Melayu Tinggi sebagai bahasa perantaraan. Kamarul yang  lurus bendul itu asyik ‘terkena’ sahaja dalam kehidupannya di sana. Bermula dengan dimarahi oleh pengawal keselamatan, kak Natasya ahli MLM, dan terpaksa pula menyewa di luar kolej kerana bilik kediaman sudah penuh. Kemudian dia berjumpa pula dengan teman serumah yang pendiam dan Selamat seorang gangster tapi suka memberi nasihat pada setiap pagi.

Banyak lagi insiden-insiden kelakar dan tidak diduga terpaksa Kamarul hadapi. Pasti pembaca akan tersenyum membaca kisah komedi dan santai ini. Gaya bahasa yang digunakan ialah standard Bahasa Melayu Tinggi.

Kesimpulannya, buku terbitan PTS ini tidak mengecewakan saya. Ini juga adalah karya Bahruddin Bekri yang pertama yang saya baca. Jadi jom baca buku ini!

Nota kaki: Nanti saya nak buat review buku Gadis-gadis Kota Riyadh pulak..

Pergi ke Putrajaya Membawa Diri

Oleh kerana saya belum bersedia untuk cerita pasal buku atau review mana-mana buku, maka saya nak cerita pasal lain pulak lah.Nak cerita pasal beauty tips atau make-up?erkk saya taklah cantik pun..Erm nak cerita pasal fashion?Wah saya sangat suka especially shawl dan dress..erk tapi saya takda duit pun..Erm nak cerita pasal cuti2 jalan..saya hari-hari cuti tapi kat rumah lah..hehehe
Apsal entri aku berbaur skema je eh?takpelah cuba jelah...Anyway ari Selasa hari tu, saya mintak abah hantar pergi Alamanda Putrajaya sebab nak jalan-jalan..Nak tengok wayang, then cuci mata tengok buku kat MPH..Sorang-sorang je hehe..best sebab naik motor. Yeah..movie yang ditunggu-tunggu sampai gigih sanggup tengok sorang-sorang nih..

 tada..cerita Harry Potter and the Deathly Hallows.



Okay tu je setakat ni..nanti saya sambung..


Permulaan:Ke garisan, sedia , mula...

Salam..

Yeay..yeay aku dah ada belog@ blog...rasa happy plak..well ni first time nak buat blog..sebelum ni selalu jadi silent readers baca blog-blog orang ni..huhu

ermm..tadi agak pening sikit nak regist nama pastu wat gmail lagi la..tapi tak ada la susah bebenor..heh
Kawan-kawan aku sebenarnya semua dah ada blog.aku je tak ada.Aku suka privasi, tak suka orang amik tahu pasal aku.Dulu diorang selalu update blog tapi sekarang dah bersawang kot blog diorang..Nah, aku je tetiba buat blog ni pasal apa pulak.

Sebenarnya tadi aku baca blog-blog pasal buku.Best.Sebab tu, hati ni rasa melonjak-lonjak nak buat blog pasal buku jugak..Aku suka baca buku jadi sebab tu la aku terbitkan blog ni..hihihi..yeay sekali lagi untuk first entry