Saturday, April 16, 2011

Arkitek Kampung Seberang-Nuriazam Ismail


Harga: RM 18 / RM 20
ISBN-13: 978-967-5406-47-8
Tarikh Terbit: 9 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 368














Ini buku yang saya baca ketika duduk santai di rumah. Cerita yang agak menarik dan kelakar serta  memaparkan suasana indah di kampung. Malah temanya mengenai rumah atas pokok menarik minat saya, sebab saya memang teringin hendak ada rumah atas pokok!.:) Mengenai kulit buku pula, bagi saya cantik juga. Mula-mula tengok sakit mata sebab warna dia pink sangat. Tapi lama-lama ok aja.

Mengisahkan budak kampung iaitu Mat, Dol, dan Din yang merancang untuk membina rumah di atas pokok ketika cuti sekolah bermula. Mujur ada Dol yang berpengalaman pernah membina tandas bercat merah jambu. Lalu, sebatang pokok ketapang di tepi sungai menjadi lokasi menarik untuk mereka jadikan mahligai di atasnya. Aktiviti membina rumah di atas pokok berjalan lancar sehinggalah mereka bertemu dengan Azhar atau dipanggil Aza yang tiba-tiba muncul di atas pondok mereka. Azhar merupakan pelajar jurusan senibina University of Queeensland yang pulang tanpa ijazah kerana kecewa bercinta.

Setelah berlaku satu insiden, mereka berempat menjadi rapat. Mereka bercerita mengenai seni bina, bekerja sebagai penunggu durian dan pembina tandas penduduk kampung. Aza juga membantu menyiapkan rumah atas pokok mereka.

Tetapi, kehadiran Aza di kampung itu menarik perhatian tiga orang pemuda kampung iaitu Lan Tokak, Meli  Boy, dan Jan Jebeh. Kehadiran mereka mewarnai cerita dalam buku ini. Wada dan Suria pula meminati Aza dalam diam. Tapi saya tidak suka watak mereka sebab mereka gatal sikit. hehe

Ianya Terselit kisah harapan, cita-cita, kehidupan, dan keinsafan. Sesuai untuk bacaan remaja atau pelajar. Cuma, mungkin ada kelemahan dari segi dialog dan gambaran penceritaan. Walaubagaimanapun, semoga berjaya kepada penulis di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment