Saturday, April 16, 2011

Berfikir Gaya Trump-PTS

 


Harga: RM 23.00 / RM 25.00
ISBN-13: 978-967-5226-97-7
Tarikh Terbit: 19 May 2010
Jumlah Muka Surat : 264
Penerbit: PTS


Buku ini memaparkan rahsia-rahsia pemikiran ikon dunia iaitu Donald John Trump. Beliau seorang usahawan hartanah yang berjaya dan unggul di dunia. Disebalik jenama Trump yang dibina olehnya pelbagai halangan dan rintangan terpaksa ditempuh. Namun, kini empayar Trump semakin terkenal dan kukuh.
Rancangan The Apprentice yang pernah disiarkan selama enam musim telah mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Siri rancangan realiti televisyen itu berkisar tentang pengalaman beliau dalam perniagaan serta realiti yang dihadapinya untuk mencari perantis-perantis Trump Organization. Dialognya seperti “Kamu dipecat!,”diakhir episod membuatkan siri ini bertambah popular.

Tutur katanya yang membangga diri, pergerakan tubuh badannya yang gah, cara berpakaian yang berketrampilan dan gaya pengurusan perniagaannya telah menjadikan beliau dikenali dan diminati ramai.
Buku ini mengandungi 18 jenis gaya pemikiran Trump serta diselitkan beberapa cerita tokoh Malaysia dan antarabangsa yang mempunyai gaya pemikiran yang serupa. Antaranya ialah Chef Wan yang menyatakan ,"Saya hanya melakukan perkara yang saya paling suka!", mengenai perkara yang amat dicintainya iaitu masakan. Hal ini sama dengan Trump yang melakukan perkara yang dia cintai seperti bidang hartanah dan perfileman. Antara gaya pemikiran yang lain adalah seperti ‘Kritikan Adalah Lumrah’. Adalah maklum bahawa Trump mempunyai ramai peminat, kawan dan begitu juga musuh. Namun, keupayaan beliau berfikiran positif dan menangkis segala kritikan dapat membina diri dan perniagaan dengan lebih baik.

*Oh saya suka buku ni..:) Banyak ilmu yang saya dapat.Silalah baca juga.hehe

No comments:

Post a Comment